Your Ad Here

KOMPLIKASI SEMASA RAWATAN DIALISIS

Jumpa lagi...dah lama saya tak 'update'kan blog ni...maklumlah terlalu sibuk di awal tahun 2010 ni. Pelbagai aktiviti dan urusan yang terpaksa diselesaikan.
Kali ni saya akan tambah sedikit lagi maklumat berhubung rawatan dialisis. Ianya berkenaan Komplikasi (Masalah yang sering berlaku) Ketika Rawatan Dialisis dijalankan.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Hipotensi (Hypotension)
Masalah ini paling kerap terjadi dan bagi mereka yang selalu berada di Unit Hemodialisis, melihat pesakit yang mengalami hipotensi adalah kebiasaan dan mungkin akan terjadi setiap hari.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab. Antaranya UF terlalu tinggi (Jumlah cecair badan yang dikeluarkan dari badan), 'low sodium dialysate', penggunaan dialysate 'acetate', pesakit makan terlalu banyak semasa rawatan dialisis dijalankan, masalah kekurangan darah (low Hb), dan banyak masalah lain yang boleh menyumbang kepada hipotensi.

2.  'Disequilibrium Syndrome' (DS).
DS dilihat boleh dikenali pada pesakit yang mengalami tanda & simptom seperti mual, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan, resah, kebingungan dan mungkin ada yang koma.
DS kerap terjadi pada pesakit kegagalan buah pinggang yang sedang menghadapi masalah strok, kecederaan kepala, perdarahan subdural, hipertensi malignan.

3.  Perdarahan
Pesakit kegagalan buah pinggang menghadapi masalah perarahan yang kerap. Antara punca adalah akibat daripada platelet (platelet dysfunction), penggunaan anti koagulasi semasa dialisis, dan interaksi antara dialyser/platelet yang boleh menyebabkan thrombocytopenia.

4.  'Air Embolism'
Air embolism kemungkinan berlaku jika pesakit batu-batuk dan mengadu kesakitan dada sebelah kiri berserta kesesakan nafas yang teruk semasa dialisis. Tindakan segera kecemasan perlu dilakukan bagi mengelakkan bahaya terjadi.
Masalah ini kerap terjadi sebelum kemajuan teknologi dalam pengunaan mesin dialisis. Ini berpunca daripada kemasukan udara ke dalam saluran darah pesakit melalui saluran masuk darah semasa dialisis. Namun dengan teknologi mesin hemodialisis masalah ini dapat dikurangkan kerana mesin akan mengesan percampuran udara dalam darah dengan adanya 'air detector'.

5.  Hemolisis (Perpecahan Sel Darah)
Hemolisis dikesan sekiranya warna darah yang mengalir pada saluran darah dialisis bertukar warna cerah atau merah jambu.
Ini mungkin terjadi disebabkan oleh masalah pengendalian dialiser yang tidak sempurna dan tercemar, masalah sistem rawatan air yang tidak berfungsi, saluran darah dialisis bertipat, prosedur atau peralatan dialisis yang salah dan beberapa sebab lain selain masalah yang berlaku daripada faktor kesihatan pesakit sendiri.

6.  Reaksi atau Alergi pada penggunaan Dialyser
Masalah ini boleh terjadi pada seseengah pesakit yang menunjukkan tanda reaksi alergi seperti kegatalan, bengkak-bengkak alergi, batuk, bersin, kesakitan perut dan cirit. Tindakan segera seperti menghentikan rawatan dan memberi rawatan anti histamin perlu.
Juga terdapat pesakit yang tidak menampakkan tanda alergik spesifik seperti kesakitan dada yang mungkin juga disertakan dengan kesakitan belakang. jika masalah ini tidak berlarutan, teruskan dialisis.

7.  Masalah kramp.
Masalah ini sering terjadi pada pesakit jika terlalu tinggi UF semaa dialisis.
Masalah boleh diatasi dengan mengurangkan kadar UF, memasukkan normal saline semasa dialisis, dan mengurangkan dialysate sodium dan lain-lain mengikut keadaan pesakit.

8.  Komplikasi lain adalah seperti kontaminasi endotoksin atau mirobial dan reaksi pirogenik yang boleh berpunca daripada pengendalian dan penyelenggaraan sistem rawatan air R.O yang tidak sempurna dan penyucian dialyser yang tidak bersih dan pelbagai lagi.