Your Ad Here

SESI KAUNSELING OLEH PEGAWAI FARMASI KEPADA PESAKIT

Pernah tanya pada pesakit 'kidney failure' berapa jenis ubat yang mereka akan makan setiap hari? Jangan terkejut kerana mereka ramai daripada mereka memakan lebih daripada 10 jenis ubat dalam sehari.

Melihat kepada situas inilah, Pegawai Farmasi Hospital Marudi (Miss Chai Min Choo) dengan penuh tanggungjawab mengambil kesempatan untuk berjumpa kepada semua pesakit untuk memberikan kaunseling berkenaan cara-cara pemakanan ubat yang betul, kesan sampingan dan menyelesaikan kemusykilan pesakit berhubung perkara ini.

Sememangnya beliau ni seorang pegawai yang selalu menerima pujian ramai kakitangan dan pesakit kerana mengambil berat kepentingan pesakit dan kakitangan berhubung urusan dan pengunaan ubat di Hospital Marudi.


Kaunseling kepada pesakit tentang cara pengambilan ubat yang betul oleh Miss Chai







   

BEREHAT SEKEJAP DI HDU MARUDI

Lama jugak saya tak update blog ni...lama jugak tak berkunjung ke blog kawan-kawan semua...
Sibuk jugak beberapa hari sebab tengah uruskan blog2 adsense. Di kesempatan ni mohon maaf pada kawan-kawan blogger semua.

Kali ni saya nak cerita pasal member2 kat hdu marudi sikit, asyik penyakit je pun boring jugak kan?..

Oklah, korang layanlah beberapa keping gambar kat sini kali ni.



 Aktiviti Masa Rehat 30 minit



Tuu... dia...'menyental' buah langsat...lepas ni gerenti sakit perut...



Hari berikutnya...mereka berdua lagiii...seronok kat hdu yee.....





Beginilah aktiviti mereka yang kita selalu lihat. Ni sebenarnya 2 kakitangan HDU Marudi yang sedang berehat. Maklumlah letih berkerja, waktu rehat gunakan sepenuhnya.

Seramai 6 kakitangan kat sini, 2 PPP, 2 Jururawat dan 2 PPK...mungkin saya akan updatekan carta organisasi HDU Marudi kat sini di lain kesempatan.