Your Ad Here

SELAMAT DATANG KE UNIT HEMODIALISIS MARUDI


Unit Hemodialisis Marudi

Unit Hemodialisis terletak di Marudi, sebuah pekan yang terletak di daerah Baram, dalam Bahagian Keempat Negeri Sarawak.

Sungguhpun Baram merupakan kawasan pedalaman Sarawak, namun luas kawasannya adalah menyamai keluasan negeri Pahang. Dengan penduduk lebih daripada 20 ethnik, Baram mempunyai keunikan dari segi kepelbagaian bahasa ang digunakan oleh masyarakatnya seharian. Apapun bahasa yang digunakan namun sukar dipercayai semua kaum terus memegang satu gagasan 1 Malaysia sejak dahulu lagi.

Berbalik kepada Unit Hemodialisis, telah mula beroperasi pada tanggal 16 Mac 2005 dengan seorang pesakit. Sehingga kini jumlah pesakit adalah 10 orang. Setiap minggu pesakit perlu menjalani rawatan hemodialisis sebanyak 3 kali.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai
Apa itu penyakit buah pinggang? Apakah tanda-tanda penyakit buah pinggang? Bagaimana mengesan penyakit buah pinggang? dan banyak lagi berkenaan penyakit ini, teruskan bersama saya, kerana saya akan membawakan maklumat terbaru dari semasa ke semasa untuk kita kongsikan bersama.